Demam Kanak-Kanak – Panik atau Santai?

Jom teruskan siri ‘Demam Kanak-kanak’ dengan panduan mengenali tanda-tanda bahaya demam.

Bila untuk berjumpa doktor dengan segera?
Untuk suhu yang melebihi 37.5 darjah Celsius, berjumpa doktor dengan segera jika:
1. Bayi adalah di bawah umur 3 bulan (Demam pada usia ini mungkin tanda jangkitan yang berbahaya); atau
2. Bayi atau kanak-kanak berumur lebih dari 3 bulan dan menunjukkan mana-mana 1 tanda bahaya seperti: Menangis tanpa henti, Hilang selera makan, Kelesuan, Dehidrasi (menangis tanpa air mata, membuang air kencing kurang daripada biasa), Sawan, Muntah berterusan, Ruam atau Kesukaran bernafas.

Untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius dalam mana-mana lingkungan umur, pergilah berjumpa doktor juga.

Bila untuk merawat di rumah?
Punca demam mungkin bukan penyakit yang serius jika anak anda (berusia lebih daripada 3 bulan) masih aktif dan gembira seperti biasa, masih mahu bermain, minum dan makan dengan baik.

Pastikan anak anda minum lebih banyak. Ia adalah penting untuk memastikan kanak-kanak kekal terhidrasi walaupun selera mereka mungkin berkurang. Elakkan ubat aspirin.

Walau bagaimanapun, sila berjumpa dengan doktor sekiranya:
1. Demam berterusan selama lebih dari 2 hari (untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun); atau
2. demam berterusan selama lebih dari 3 hari (untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas)

Scroll to Top
%d bloggers like this: