Banyak jenis Termometer sekarang – Mana yang paling best?

Kebanyakan daripada kita mungkin menghadapi kesukaran untuk mengesan demam hanya dengan mencium atau meletakkan tangan di dahi anak. Oleh itu, kami menyaran supaya ibu bapa bersiap sedia dengan termometer di rumah.

Termometer Digital:
Agak mudah digunakan untuk mengambil bacaan dari ketiak atau bawah lidah. Walaupun penggunaan di dubur akan memberikan bacaan yang paling tepat untuk bayi dan kanak-kanak, ia mungkin tidak begitu selesa. Untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, bacaan harus diambil dari ketiak.

Termometer Telinga:
Mudah digunakan tetapi pastikan kedudukan termometer benar-benar dekat dengan saluran telinga untuk mendapat bacaan yang tepat.

Termometer Inframerah Dahi:
Paling senang digunakan tetapi suhu mesti diambil berhampiran dahi (sedikit di atas kening mata, dekat dengan telinga) untuk mendapat bacaan yang tepat.

Dengan itu, berakhirlah siri ‘Demam Kanak-Kanak’ 😊

Sekiranya baru mula mengikuti siri ini, klik link untuk Punca Demam Kanak-Kanak dan Demam-Panik atau Santai?

Scroll to Top
%d bloggers like this: