Demam Kanak-Kanak dan Puncanya

Sebagai ibu bapa, kita mungkin risau apabila bayi atau kanak-kanak mempunyai demam.

Dalam siri ini, kami akan menjawab beberapa soalan umum mengenai demam:
Bahagian 1: Apakah demam dan puncanya?
Bahagian 2: Bilakah kita harus membawa bayi atau kanak-kanak berjumpa doktor? Bolehkah kita merawat demam di rumah?
Bahagian 3: Apakah perbezaan di antara pelbagai jenis termometer yang ada di pasaran?

Jom kita mulakan!

Apakah demam?
Demam bukan penyakit. Ia adalah gejala atau tanda badan sedang memerangi jangkitan.

Walaupun demam boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak, demam sahaja tidak selalunya berbahaya.

Sebagai panduan umum, suhu lebih daripada 37.5 darjah Celcius dianggap sebagai demam.

Apakah punca demam?
Punca demam yang paling biasa di kalangan kanak-kanak adalah jangkitan virus atau bakteria.

Imunisasi dan bedung yang terlalu tebal (terutama pada bayi) boleh juga menyebabkan demam.

Jumpa lagi di Bahagian 2 dan 3.

Scroll to Top
%d bloggers like this: